PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti api dengan asap

Maksud

Pertalian yang tidak dapat diputuskan.

Contoh ayat

Hubungan ibu dan anak seperti api dengan asap, tidak dapat dipisahkan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti api dengan asap:

  1. Bagai aur dengan tebing Perumpamaan

    Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.

  2. Bagai beliung dengan asahan Perumpamaan

    Tidak pernah berpisah.

  3. Bagai dakwat dengan kertas Perumpamaan

    Persahabatan yang sangat akrab

  4. Bagai empedu lekat di hati Perumpamaan

    Sangat rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan suami isteri dan kekasih.

  5. Bagai isi dengan kuku Perumpamaan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  6. Bagai lesung dengan antan Perumpamaan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  7. Macam belangkas Perumpamaan

    Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung

    Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan mengikut aturannya.

  2. Seperti kucing dapat tikus

    Orang yang tidak tahu duduk diam.

  3. Jauhari juga yang mengenal manikam

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

  4. Bagai ayam disambar helang

    Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.

  5. Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

    Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.

  6. Bagai kelip-kelip terbang malam

    Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.