PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti cacing kepanasan

Maksud

Seseorang yang selalu berada dalam keadaan gelisah.

Contoh ayat

Adik seperti cacing kepanasan menunggu keputusan peperiksaan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti cacing kepanasan:

  1. Seperti kera kena belacan Perumpamaan

    Seseorang yang selalu gelisah atau kelihatan tidak tenteram kerana sesuatu sebab.

  2. Seperti kucing biang Perumpamaan

    Perasaan resah gelisah tanpa sebab.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai asam dengan garam

    Sepadan benar.

  2. Ada nasi di balik kerak

    Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.

  3. Umpama kayu buruk, buruk di panas, reput di hujan

    Nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi.

  4. Seperti ikan kena tuba

    Orang yang tidak berdaya lagi.

  5. Bagai aur di atas bukit

    Orang yang menyerahkan diri pada takdir.

  6. Bagai limau masam sebelah

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.