PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti kera sumbang

Maksud

Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.

Contoh ayat

Budak baharu itu seperti kera sumbang; dia tidak mahu bermain dengan kawan-kawan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang

    Apabila mendengar nasihat, pilihlah yang baik dan buangkan yang buruk.

  2. Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja

    Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.

  3. Bagai jawi terkurung siang

    Sangat gelisah kerana tidak bebas.

  4. Bagai bulan empat belas

    Kecantikan wajah seseorang wanita yang tiada bandingannya.

  5. Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang

    Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan.

  6. Laksana pohon kayu tiada berbuah

    Ilmu yang tiada diamalkan.