PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti kerbau dicucuk hidung

Maksud

Seseorang yang bodoh dan selalu menurut apa yang dikatakan orang.

Contoh ayat

Pemuda itu seperti kerbau dicucuk hidung, menurut sahaja hasutan rakannya.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti kerbau dicucuk hidung:

  1. Di bawah ketiak orang

    Berada dibawah kekuasaan orang lain.

  2. Mengikut telunjuk

    Mengikut arahan tanpa usul periksa.

  3. Seperti lembu dicucuk hidung Perumpamaan

    Orang yang selalu hanya menurut kemahuan orang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai menelan mestika embun

    Mendengar nasihat yang baik.

  2. Bagai Belanda meminta tanah

    Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.

  3. Bagai panas mengandung hujan

    Tertawa dalam kesusahan.

  4. Bagai ayam disambar helang

    Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.

  5. Seperti benang putih

    Orang yang menurut tanpa membantah.

  6. Bagai tikus membaiki labu

    Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.