Perumpamaan
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud
Orang yang selalu hanya menurut kemahuan orang.
Contoh ayat
Dia seperti lembu dicucuk hidung, menurut apa sahaja kata isterinya.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti lembu dicucuk hidung:
-
Di bawah ketiak orang
Berada dibawah kekuasaan orang lain.
-
Mengikut telunjuk
Mengikut arahan tanpa usul periksa.
-
Seperti kerbau dicucuk hidung
Perumpamaan
Seseorang yang bodoh dan selalu menurut apa yang dikatakan orang.
Perumpamaan lain
-
Umpama lebah membuang sengat
Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.
-
Embun di hujung rumput
Keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama.
-
Bagai bertepuk sebelah tangan
Cinta kasih yang tidak berbalas.
-
Bagai mendukung biawak hidup
Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita.
-
Seperti kera sumbang
Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.
-
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa.