PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti lintah menghisap darah

Maksud

Mengenakan bunga yang terlalu mahal pada wang hutang.

Contoh ayat

Along itu mengenakan faedah yang sangat tinggi, seperti lintah menghisap darah.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai lesung dengan antan

    Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).

  2. Bagai menatang minyak yang penuh

    Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

  3. Bagai puyu di air jernih

    Senang hidupnya.

  4. Bagai aur dengan tebing

    Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.

  5. Embun di hujung rumput

    Keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama.

  6. Bagai kambing dihalau ke air

    Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.