Perumpamaan
Seperti lipas kudung
Maksud
Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.
Contoh ayat
Ibu bergerak seperti lipas kudung menyiapkan juadah sebelum tetamu tiba.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti lipas kudung:
-
Cepat kaki ringan tangan
Rajin dan giat.
-
Habis kapak berganti beliung
Sangat rajin bekerja.
-
Ringan tulang
Simpulan Bahasa
Rajin bekerja, tangkas.
Perumpamaan lain
-
Umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak
Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.
-
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
-
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.
-
Bagai Belanda meminta tanah
Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.
-
Seperti kera sumbang
Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.
-
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan.