PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Seperti talam dua muka

Maksud

Tidak jujur.

Contoh ayat

Jangan percaya kepadanya kerana dia seperti talam dua muka.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Seperti talam dua muka:

  1. Bermuka dua Simpulan Bahasa

    Tidak jujur.

  2. Berniaga di hujung lidah

    Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.

  3. Dalam dua tengah tiga

    Tidak jujur.

  4. Seperti gergaji dua mata Perumpamaan

    Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan dua pihak; tidak jujur.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak

    Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.

  2. Seperti cincin terlekat dijari

    Padanan yang sesuai.

  3. Kera dapat bunga

    Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan; tidak menghargai pemberian orang lain.

  4. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  5. Bagai sotong dengan garam

    Seseorang yang sangat mudah terpengaruh atau mudah dikendalikan.

  6. Bagai menarik rambut di dalam tepung

    Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati