PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

Maksud

Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan.

Contoh ayat

Fikirlah masak-masak sebelum berhenti sekolah; sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

  2. Buang yang keruh, ambil yang jernih

    Apabila melakukan sesuatu kesilapan, segeralah meminta maaf dan membetulkan kesilapan yang dilakukan agar kedua-dua pihak tidak bermasam muka; lupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik sahaja.

  3. Biar lambat asalkan selamat

    Tak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan, asalkan hasilnya baik.

  4. Ilmu padi, makin berisi makin runduk

    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.

  5. Ada padi, segala menjadi

    Orang yang mampu segala maksudnya mudah tercapai.

  6. Ada bangkai, adalah hering

    Ada kejahatan, adalah kejahatan lain yang datang.