PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

Maksud

Jika sudah mengetahui akan kesalahan yang telah dilakukan hendaklah kembali ke jalan yang sebenar.

Contoh ayat

Dia insaf dan kembali ke pangkuan keluarga; sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan:

  1. Kusut di hujung balik ke pangkal

    Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ada angin, ada pokoknya

    Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.

  2. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

    Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.

  3. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas

    Setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan dan setiap kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan.

  4. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu

    Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.

  5. Biar lambat asalkan selamat

    Tak perlu tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu pekerjaan, asalkan hasilnya baik.

  6. Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya

    Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.