PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga

Maksud

Kembali ke tempat asalnya.

Contoh ayat

Selepas bertahun-tahun merantau, dia kembali juga ke kampung; setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga:

  1. Belut pulang ke lumpur Perumpamaan

    Perantau yang pulang semula ke tempat asal.

  2. Haruan pulang ke lubuk

    Perantau yang kembali ke tempat asal.

  3. Ikan pulang ke lubuk

    Telah kembali ke tempat asalnya.

  4. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari Pepatah

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.

  5. Sirih pulang ke gagang

    Kembali ke tempat asalnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya

    Orang yang diam jangan disangka pengecut

  2. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam

    Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

  3. Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat

    Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.

  4. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  5. Bagaimana contoh begitulah gubahannya

    Sesuatu itu menurut asalnya.

  6. Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah

    Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.