PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya

Maksud

Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum.

Contoh ayat

Yang bersalah mesti dihukum; siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara

    Jawab yang benar dan tepat.

  2. Rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain

    Setiap manusia itu mempunyai pendapat yang berlainan antara satu dengan yang lain walaupun pada lahirnya ia kelihatan sama.

  3. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

    Tiada mahu mendengar nasihat orang.

  4. Terapung sama hanyut, terendam sama basah

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  5. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

    Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya

  6. Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari

    Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.