PeribahasaMelayu Kuiz

Simpulan Bahasa

Sudah lama makan garam

Maksud

Seseorang yang mempunyai banyak pengalaman

Contoh ayat

Dengarlah nasihat orang-orang tua kerana mereka sudah lama makan garam.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sudah lama makan garam:

  1. Banyak makan garam Simpulan Bahasa

    Seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman.

  2. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa Pepatah

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Simpulan Bahasa lain

  1. Kecil-kecil cabai rawit

    Meskipun kecil tetapi berani.

  2. Lepas tangan

    Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.

  3. Mulut tempayan

    Seseorang yang tidak boleh menyimpan rahsia.

  4. Muka tembok

    Orang yang tidak tahu malu.

  5. Mati beragan

    Mati kerana patah hati, membunuh diri.

  6. Buruk perut

    Kuat makan