PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

Maksud

Apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi.

Contoh ayat

Sejak membeli telefon baharu, telefon lamanya disimpan di dalam laci; sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Sudah mendapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi:

  1. Habis madu sepah dibuang

    Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

  2. Habis manis sepah dibuang

    Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga

    Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

  2. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak

    Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

  3. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

    Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.

  4. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

  5. Yang dahulu mendapat, yang kemudian ketinggalan

    Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.

  6. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang

    Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.