Bidalan
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya
Maksud
Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.
Contoh ayat
Murid-murid menyayangi guru itu kerana ilmunya; sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya.
Bidalan lain
-
Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung
Hasil yang sedikit diusahakan supaya menjadi bertambah banyak
-
Ada padang, ada belalang
Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
-
Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni
Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh.
-
Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat
Setiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham.
-
Alah bisa, tegal biasa
Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
-
Ada udang di sebalik batu
Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.