PeribahasaMelayu Kuiz

Bidalan

Tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni

Maksud

Setiap perkara akan dapat dilaksanakan sekiranya kita berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Contoh ayat

Dengan usaha gigih, semua cabaran boleh diatasi; tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Bidalan lain

  1. Ada beras, taruh dalam padi

    Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.

  2. Ada air, adalah ikan

    Ada penempatan adalah penduduk.

  3. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai

    Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.

  4. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

    Berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu.

  5. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  6. Ada rupa, ada harga

    Harga barang menurut rupanya dan keadaannya.