PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Tak ada ribut, masakan daun bergoyang

Maksud

Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

Contoh ayat

Ura-ura tentang pertukaran ketua jabatan menjadi perbualan di kalangan pekerja di syarikat itu. Walaupun berita itu dinafikan oleh pihak pengurusan, tetapi kalau tak ada ribut, masakan daun bergoyang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Tak ada ribut, masakan daun bergoyang:

  1. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah Pepatah

    Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.

  2. Kalau tak ada api, masakan ada asap

    Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.

  3. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang Pepatah

    Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

  4. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata Pepatah

    Khabar angin yang di dengar sudah tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya, jika tidak, takkan lah orang lain akan bercakap mengenainya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan

    Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.

  2. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga

    Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

  3. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

    Lebih baik mati daripada menanggung malu.

  4. Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk kekandang kerbau menguak

    Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

  5. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.

  6. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

    Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi.