PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

Maksud

Kerana mengharapkan keuntungan yang besar yang belum tentu diperoleh, lalu melepaskan keuntungan kecil yang sudah berada dalam genggam.

Contoh ayat

Kerana dijanjikan pulangan besar, dia menjual kedainya yang menguntungkan; terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan:

  1. Belum beranak sudah berbesan

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  2. Belum duduk sudah berlunjur Bidalan

    Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.

  3. Belum menetas sudah dibilang

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  4. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah Bidalan

    Orang muda hendak berlagak seperti orang tua.

  5. Burung terbang dipipiskan lada Pepatah

    Mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan.

  6. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan Pepatah

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit di tengah

    Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.

  2. Dilambai tak nampak, diseru tak dengar

    Tiada mahu mendengar nasihat orang.

  3. Terapung sama hanyut, terendam sama basah

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  4. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.

  5. Air beriak tanda tak dalam

    Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

  6. Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa

    Diberi sedikit, lalu hendak minta lebih banyak.