Bidalan
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Maksud
Berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain.
Contoh ayat
Fikir dahulu sebelum bercakap; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Peribahasa sama maksud (sinonim)
Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya:
-
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa
Bidalan
Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap.
Bidalan lain
-
Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi
Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang ramai pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.
-
Segenggam jadi segantang, sekepal jadi segunung
Hasil yang sedikit diusahakan supaya menjadi bertambah banyak
-
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya
Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya.
-
Siapa makan cili, dialah akan berasa pedas
Sesiapa yang berani berbuat sesuatu dia hendaklah berani bertanggungjawab.
-
Laut ditimba tak akan kering
Kepandaian sesorang itu tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.
-
Memberi garam kepada laut
Menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya.