PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Tikus mati di lumbung padi

Maksud

Betapa kayanya sesebuah negara, baik dari sumber asli mahupun kekayaan negara tetapi rakyat sendiri tidak dapat merasai dan menikmati kekayaan itu.

Contoh ayat

Negara itu kaya dengan minyak, tetapi rakyatnya miskin; tikus mati di lumbung padi.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Tikus mati di lumbung padi:

  1. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Pepatah

    Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kalau tiada rotan, akar pun berguna

    Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

  2. Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga

    Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.

  3. Di mana api padam, di situlah puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal

    Di mana mati di situlah dikuburkan.

  4. Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga

    Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.

  5. Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah

    Perbuatan yang tidak sempurna.

  6. Hutang biduk belum langsai, hutang pengayuh datang pula

    Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.