PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Ular menyusur akar, tiada hilang bisanya

Maksud

Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

Contoh ayat

Walaupun seorang menteri, beliau makan di gerai bersama rakyat; ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya

    Setiap orang akan suka dan melebihkan keluarga sendiri berbanding dengan orang lain.

  2. Kata biarlah kota

    Janji hendaklah ditepati.

  3. Hempas tulang tak berbalas jasa

    Berpenat lelah tetapi tidak ada hasilnya.

  4. Makan di luar berak di dalam

    Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.

  5. Besar suap daripada mulut

    Belanja yang lebih besar daripada pendapatan.

  6. Jauh panggang dari api

    Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.