PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Ulat lupakan daun

Maksud

Lupa akan budi baik orang.

Contoh ayat

Adila tidak lagi mengenang jasa kawan baiknya semasa menolongnya ketika susah dahulu, bagai ulat lupakan daun.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Ulat lupakan daun:

  1. Bagai kacang lupakan kulit Perumpamaan

    Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Umpama ayakan dawai

    Membuat sesuatu dengan tidak cermat.

  2. Umpama lebah membuang sengat

    Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.

  3. Seperti api dengan asap

    Pertalian yang tidak dapat diputuskan.

  4. Seperti lipas kudung

    Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.

  5. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

    Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

  6. Laksana pohon kayu tiada berbuah

    Ilmu yang tiada diamalkan.