PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Umpama biawak bercabang lidah

Maksud

Tidak dapat dipercayai barang katanya.

Contoh ayat

Jangan percaya janjinya kerana dia umpama biawak bercabang lidah.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Umpama biawak bercabang lidah:

  1. Lidah bercabang

    Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

  2. Lidah biawak Simpulan Bahasa

    Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu

    Lahirnya baik, batinnya jahat.

  2. Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit

    Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.

  3. Bagai tikus membaiki labu

    Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.

  4. Bagai sotong kena air

    Menggambarkan seseorang yang menjadi aktif dan lincah bila berada di dalam situasi atau keadaan yang sesuai.

  5. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

    Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

  6. Bagai pungguk rindukan bulan

    Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.