PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang

Maksud

Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan.

Contoh ayat

Tabiat bermain permainan video itu umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai limau masam sebelah

    Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

  2. Seperti talam dua muka

    Tidak jujur.

  3. Bagai pinang dibelah dua

    Sama cantik dan sama sepadan.

  4. Bagai kacang lupakan kulit

    Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.

  5. Bagai mencurah air di daun keladi

    Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.

  6. Seperti api dengan asap

    Pertalian yang tidak dapat diputuskan.