PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri

Maksud

Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.

Contoh ayat

Pemuda itu mudah sahaja ikut hasutan kawan-kawannya, umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Dikembar seperti benang

    Perempuan yang menduakan suaminya.

  2. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

    Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

  3. Macam kikir besi

    Orang kaya yang kedekut

  4. Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak

    Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.

  5. Bagai Belanda meminta tanah

    Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.

  6. Katak ditimpa kemarau

    Berkeluh kesah dengan tidak keruan.