PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi

Maksud

Tidak tetap pada suatu tempat; tidak tetap pendirian.

Contoh ayat

Hidupnya umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi; asyik berpindah kerja dan tempat tinggal.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur

    Orang yang sangat dimuliakan.

  2. Hujan jatuh ke pasir

    Berbuat baik tidak pada tempatnya.

  3. Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia

    Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.

  4. Umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak

    Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.

  5. Bagai murai dicabut ekor

    Perempuan yang suka bercakap banyak.

  6. Bagai Belanda meminta tanah

    Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.