PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua

Maksud

Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.

Contoh ayat

Ke mana pun dia berpindah, dia tetap dihormati kerana budinya; umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Seperti rusa masuk kampung

    Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru.

  2. Jauhari juga yang mengenal manikam

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara

  3. Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur

    Orang yang sangat dimuliakan.

  4. Bagai cembul dapat tutupnya

    Sesuai benar.

  5. Bagai beliung dengan asahan

    Tidak pernah berpisah.

  6. Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit

    Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.