Perumpamaan
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja
Maksud
Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.
Contoh ayat
Sumbangannya sebanyak seringgit itu umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.
Perumpamaan lain
-
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
-
Bagai mencurah air di daun keladi
Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.
-
Bagai asam dengan garam
Sepadan benar.
-
Embun di hujung rumput
Keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama.
-
Dikembar seperti benang
Perempuan yang menduakan suaminya.
-
Air digenggam tiada tiris
Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.