Perumpamaan
Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung
Maksud
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan mengikut aturannya.
Contoh ayat
Kerjaya perlu dibina langkah demi langkah, umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.
Perumpamaan lain
-
Katak ditimpa kemarau
Berkeluh kesah dengan tidak keruan.
-
Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang
Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan.
-
Bagai tikus membaiki labu
Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
-
Bagai kambing dihalau ke air
Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.
-
Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat dan lamban.
-
Bagai Belanda meminta tanah
Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.