PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Untung sebagai roda pedati

Maksud

Nasib manusia berputar-putar turun dan naik.

Contoh ayat

Jangan sombong ketika senang kerana untung sebagai roda pedati.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Orang tempang jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang

    Kecelakaan orang janganlah terlalu dikata. Barangkali suatu masa nanti kita akan mengalami nasib yang serupa.

  2. Sudah jatuh ditimpa tangga

    Mendapat kesusahan silih berganti.

  3. Zaman Tuk Nadur berkajang kain

    Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali.

  4. Laut budi tepian akal

    Orang cerdik pandai atau cendekiawan.

  5. Pelanduk dua serupa

    Dua orang yang seakan-akan rupanya.

  6. Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata

    Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.