PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Urat malang, pangkal celaka

Maksud

Perbuatan yang memberi mudarat kepada orang yang melakukannya.

Contoh ayat

Tabiat menghisap dadah itulah urat malang, pangkal celaka dalam hidupnya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Jelatang di hulu air

    Perkara yang selalu menyusahkan.

  2. Cakak sudah, silat teringat

    Perkara yang sudah selesai, barulah terdengar rungutan atau keterangan.

  3. Ulat dalam batu pun hidup juga

    Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

  4. Bangkai gajah ditutup nyiru

    Kejahatan atau rahsia yang besar tidak dapat disembunyikan.

  5. Hidup segan mati tak mahu

    Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).

  6. Ular menyusur akar, tiada hilang bisanya

    Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.