PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, daunnya tempat berteduh

Maksud

Orang yang kaya dan banyak kelebihan menjadi tempat orang susah mendapatkan pertolongan.

Contoh ayat

Haji Rahman yang kaya dan pemurah itu uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar, daunnya tempat berteduh bagi orang kampung.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Marahkan nyamuk kelambu dibakar

    Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.

  2. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

    Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

  3. Kera menjadi monyet

    Tiada bezanya.

  4. Umpat dan puji tidak pernah bercerai

    Selama ada umpat selama itu ada puji.

  5. Akal akar berpulas tak patah

    Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.

  6. Besar suap daripada mulut

    Belanja yang lebih besar daripada pendapatan.