PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Usaha menjalani, nasib menyudahi

Maksud

Kewajipan manusia mengusahakan, hasil terserah kepada takdir.

Contoh ayat

Kita sudah berusaha sedaya upaya; usaha menjalani, nasib menyudahi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Berpaut tidak bertali

    Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai).

  2. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.

  3. Engkau belum mencapai kayuh, aku sudah sampai ke seberang

    Orang yang bijaksana akan segera mengetahui maksud atau tujuan sesuatu itu hanya daripada cakap dan gerak-geri seseorang.

  4. Zaman beralih, musim bertukar

    Segala sesuatu (peraturan, hukuman dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

  5. Yang jauh berpanggilan, yang dekat berimbauan

    Jauh diundang dengan surat, dekat cukup diundang dengan mulut sahaja.

  6. Yang setitik dilautkan, yang sekepal digunungkan

    Harta yang sedikit dikembangkan menjadi bertambah banyak.