PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Usang dibarui, lapuk dikajangi

Maksud

Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki.

Contoh ayat

Persatuan belia itu menghidupkan semula permainan tradisional; usang dibarui, lapuk dikajangi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Ingin hati memandang pulau, sampan ada pengayuh tidak

    Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

  2. Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

    Seseorang yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain tetapi akhirnya dia sendiri yang mendapat malu.

  3. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  4. Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

    Nasib manusia tidak dapat ditentukan.

  5. Kalau tiada rotan, akar pun berguna

    Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

  6. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang

    Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.