PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Usul menunjukkan asal

Maksud

Tingkah laku seseorang itu menunjukkan tinggi atau rendahnya darjat seseorang.

Contoh ayat

Tutur katanya yang sopan menunjukkan didikan keluarganya; usul menunjukkan asal.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Bumi mana yang tak kena hujan

    Setiap manusia di muka bumi ini pasti tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan ataupun kesusahan.

  2. Alang berjawab, tepuk berbalas

    Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.

  3. Jauh bau bunga, dekat bau tahi

    Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.

  4. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.

  5. Arang habis besi binasa

    Pekerjaan yang sia-sia

  6. Cepat kaki ringan tangan

    Rajin dan giat.