PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga

Maksud

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

Contoh ayat

Walaupun berpakaian mewah, kebiadabannya tetap kelihatan; walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar

    Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.

  2. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya

    Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.

  3. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

    Manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain.

  4. Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya

    Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum.

  5. Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  6. Membujur lalu, melintang patah

    Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.