PeribahasaMelayu Kuiz

Perumpamaan

Wayang kepadaman damar

Maksud

Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.

Contoh ayat

Apabila bekalan elektrik terputus, dewan itu menjadi kecoh wayang kepadaman damar.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Perumpamaan lain

  1. Bagai kambing dihalau ke air

    Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.

  2. Seperti garam jatuh di air

    Cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran.

  3. Seperti gergaji dua mata

    Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan dua pihak; tidak jujur.

  4. Bagai pahat dengan penukul

    Bekerja hanya kalau diperintah.

  5. Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit

    Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.

  6. Katak di bawah tempurung

    Orang yang sangat cetek pengetahuannya mengenai dunia luar.