PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang

Maksud

Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.

Contoh ayat

Pembinaan rumah itu dibuat mengikut pelan; yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Yang bergaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang:

  1. Mamah dulu kemudian telan

    Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

    Hutang wang dapat dibayar tetapi sekiranya hutang budi akan sentiasa dikenang sampai ke akhir hayat.

  2. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

  3. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya

    Sangat cekap (pantas) memahami perkataan atau perbuatan orang.

  4. Mata memandang apa yang hendak, sakit bahu yang memikul ditimpa perasaan

    Menyuruh orang melakukan sesuatu memang mudah, tetapi yang menanggung kesukarannya ialah orang yang mengerjakannya.

  5. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam

    Sangat sedih sehingga menjejaskan keenakan makan dan minum.

  6. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit

    Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.