PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher

Maksud

Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.

Contoh ayat

Dia terpaksa membayar hutang kawannya yang lari; yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

  2. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung

    Biar kecil tetapi berani daripada besar tetapi penakut

  3. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri

    Sesuatu nasihat atau cerita yang tidak dihiraukan sama sekali.

  4. Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya

    Orang yang diam jangan disangka pengecut

  5. Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu

    Berada dalam dilema untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

  6. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.