PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga

Maksud

Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.

Contoh ayat

Ramai warga emas menjadi mangsa penipuan dalam talian; yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

    Jika ada kemahuan, tentu ada jalannya, tanpa kemahuan, berbagai alasan diberikan.

  2. Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam

    Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

  3. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya

    Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.

  4. Luka di tangan tampak berdarah, luka di hati siapa tahu

    Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

  5. Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung

    Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.

  6. Didengar ada, dipakai tidak

    Nasihat yang sia-sia.