PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa

Yang diamalkan sudah pecah, yang dimaksudkan sudah tercapai

Maksud

Segala maksud dan tujuan sudah tercapai atau hajat telah sampai.

Contoh ayat

Majlis itu berjalan lancar dan dana berjaya dikumpul; yang diamalkan sudah pecah, yang dimaksudkan sudah tercapai.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Peribahasa lain

  1. Hilang bahasa lenyap bangsa

    Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.

  2. Pergi lepat, balik lempeng

    Pergi dengan modal yang banyak, balik dengan kerugian.

  3. Kain sehelai berganti-ganti

    Suami isteri yang miskin.

  4. Hujung lurus, pangkal berkait

    Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat.

  5. Corak kain mengikut kehendak penenunnya

    Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.

  6. Ucap habis niat sampai

    Sesuatu hasil diperoleh dengan cepat kerana dilaksanakan dengan segera selepas dikatakan.