PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran

Juga disebut: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

Maksud

Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.

Contoh ayat

Kerana tamak, dia kehilangan kerja tetap dan peluang baharu; yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran:

  1. Meninggalkan kura-kura di kaki, mengejar burung terbang Pepatah

    Seseorang yang tamak; meninggalkan sesuatu yang sedia ada kerana mengejar suatu keuntungan yang belum dapat, akhirnya kedua-duanya terlepas..

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa

    Kelakuan yang tidak senonoh.

  2. Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu

    Perkara yang mustahil.

  3. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang

    Usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati.

  4. Alah bisa kerana biasa

    Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.

  5. Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup

    Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

  6. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

    Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak.