PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam

Maksud

Orang lebih malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka.

Contoh ayat

Pengawas yang malas disuruh mengawasi murid yang malas; yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam:

  1. Alu pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

  2. Arang habis besi binasa

    Pekerjaan yang sia-sia

  3. Bagai mencencang air Perumpamaan

    Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.

  4. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap Pepatah

    Membuat pekerjaan yang sia-sia.

  5. Daun keladi dimandikan

    Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.

  6. Ikan di hulu tuba di hilir

    Perbuatan yang sia-sia.

  7. Seperti antan pencungkil duri Perumpamaan

    Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah

    Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.

  2. Bertanam tebu dipinggir bibir, rebung berduri di hati

    Berkata-kata manis di mulut tetapi di dalam hatinya jahat.

  3. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat

    Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.

  4. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan

    Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.

  5. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

    Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  6. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan

    Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.