PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa

Maksud

Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

Contoh ayat

Takdir sudah ditentukan; yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa:

  1. Yang secupak tidak akan jadi segantang Pepatah

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.

  2. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa Pepatah

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  2. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.

  3. Terapung sama hanyut, terendam sama basah

    Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu.

  4. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga

    Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

  5. Ditelan mati emak, diluah mati bapa

    Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.

  6. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga

    Betapa pun kemajuan perubahan yang berlaku dalam negeri, tetapi tetap seperti keadaan yang lama juga.