PeribahasaMelayu Kuiz

Pepatah

Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa

Maksud

Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

Contoh ayat

Keputusan lembaga sudah muktamad; yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.

Peribahasa sama maksud (sinonim)

Peribahasa setara yang membawa maksud sama atau hampir sama dengan Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa:

  1. Yang secupak tidak akan jadi segantang Pepatah

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.

  2. Yang sejengkal takkan jadi sehasta, yang sehasta takkan jadi sedepa Pepatah

    Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.

Sudah faham? Uji diri dengan Kuiz Peribahasa – 10 soalan →

Pepatah lain

  1. Air beriak tanda tak dalam

    Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

  2. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  3. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar

    Sesekali melakukan perkerjaan dua tiga maksud tercapai.

  4. Alah bisa kerana biasa

    Walaupun sesuatu itu sukar, sekiranya sentiasa dilakukan, sudah pasti akan menjadi biasa dan senang.

  5. Membujur lalu, melintang patah

    Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.

  6. Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya

    Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.