×
UGREEN 65W Nexode RobotGaN 3 Ports Fast Charger
≡
Perumpamaan
Utama
Peribahasa Melayu
Simpulan Bahasa
Perumpamaan
Bidalan
Pepatah
Peribahasa Setara
Mutiara Kata
Pantun Melayu
Buku Peribahasa
Kata-kata Perumpamaan dengan Maksud ✔
Peribahasa mengenai perbandingan secara terangan yang mempunyai makna yang tersirat dan tersurat.
Perumpamaan
Maksud
Ada nasi di balik kerak
Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.
Air digenggam tiada tiris
Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.
Alu pencungkil duri
Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.
Bagai asam dengan garam
Sepadan benar.
Bagai aur dengan tebing
Dua orang yang bersahabat baik atau sepasang suami isteri yang kasih-mengasihi dan hidup rukun damai atau sikap tolong-menolong yang tidak dapat dipisahkan lagi.
Bagai aur di atas bukit
Orang yang menyerahkan diri pada takdir.
Bagai ayam disambar helang
Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.
Bagai Belanda meminta tanah
Seseorang yang tamak yang tidak pernah mencukupi apabila diberikan kerana ia akan meminta lagi.
Bagai beliung dengan asahan
Tidak pernah berpisah.
Bagai bersumur di tepi rawa
Orang yang selalu cemburu.
Bagai bertepuk sebelah tangan
Cinta kasih yang tidak berbalas.
Bagai bertih digoreng
Bercakap tidak berhenti-henti.
Sidek sangat pandai berpidato dan percakapannya sangat lancar
bagai bertih digoreng
.
Bagai beruk kena ipuh
Menggeliang-geliut kerana kesakitan dan sebagainya.
Bagai berumah di tepi tebing
Selalu dalam kekhuatiran.
Bagai besi dengan penempa
Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
Bagai bulan dengan matahari
Sepadan benar.
Bagai bulan dipagar bintang
Kecantikan seseorang perempuan yang tiada bandingannya.
Rupanya yang
bagai bulan di pagar bintang
menambat hati setiap yang memandangnya.
Bagai bulan empat belas
Kecantikan wajah seseorang wanita yang tiada bandingannya.
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan
Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.
Bagai bunyi cempedak jatuh
Bunyi jatuh yang kuat.
Bagai cembul dapat tutupnya
Sesuai benar.
Bagai cincin dengan permata
Sama cantik, sama padan; cocok benar.
Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan,
bagai cincin dengan permata
.
Bagai dakwat dengan kertas
Persahabatan yang sangat akrab
Bagai dihiris dengan sembilu
Pedih sekali rasa hatinya.
Hati Aniza
bagai dihiris dengan sembilu
apabila dihina di hadapan rakan taulannya.
Bagai duri dalam daging
Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.
Bagai empedu lekat di hati
Sangat rapat atau sangat akrab; merujuk kepada hubungan persahabatan atau pasangan suami isteri dan kekasih.
Bagai galah di tengah arus
Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.
Bagai isi dengan kuku
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat dan lamban.
Bagai jawi terkurung siang
Sangat gelisah kerana tidak bebas.
Bagai jempuk kesiangan hari
Kebingungan; termenung-menung.
Bagai kaca terhempas ke batu
Sangat sedih atau kecewa.
Kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya menyebabkan hati Aina berasa sedih
bagai kaca terhempas ke batu
.
Bagai kacang lupakan kulit
Seseorang yang lupa akan asal usulnya setelah mendapat kekayaan atau kemuliaan.
Zarina tidak pernah kembali ke kampung halamannya semenjak mengecap kejayaan di Kuala Lumpur,
bagai kacang lupakan kulit
.
Bagai kambing dihalau ke air
Seseorang yang tidak mahu mengerjakan atau melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak disukainya atau digemarinya.
Bagai kelip-kelip terbang malam
Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.
Bagai kepiting batu
Sangat berhati-hati/amat berkira untuk mengeluarkan wang.
Bagai kucing hilang anak
Bingung, kehilangan akal.
Bagai kumbang putus tali
Amat cepat; terlepas daripada sengsara.
Bagai lalang ditiup angin
Tidak tetap pendirian.
Bagai langit dengan bumi
Dua hal atau perkara yang sangat jauh sekali perbezaannya.
Bagai lebah menghimpun madu
Orang yang sangat rajin.
Bagai lesung dengan antan
Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai limau masam sebelah
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
Bagai menantikan kucing bertanduk
Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.
Bagai menarik rambut di dalam tepung
Menyelesaikan sesuatu masalah yang sulit dengan berhati-hati
Bagai menatang minyak yang penuh
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.
Zainab menjaga satu-satunya anak perempuannya dengan sepenuh hati dan kasih sayang
bagai menatang minyak yang penuh
.
Bagai mencencang air
Seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang sia-sia.
Bagai mencurah air di daun keladi
Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) tetapi sia-sia kerana tidak dapat meresap ke dalam hati.
Bagai mendukung biawak hidup
Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri kita.
Bagai menelan mestika embun
Mendengar nasihat yang baik.
Bagai mengajar itik berenang
Mengajar seseorang yang arif atau pandai daripada kita.
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai
Kasih sayang yang tidak tertanding
Zalina menjaga bayinya dengan sepenuh hati dan kasih sayang
bagai menjaga permata intan ketika dicanai
.
Bagai minyak dengan air
Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.
Bagai murai dicabut ekor
Perempuan yang suka bercakap banyak.
Joyah memang gemar bercerita tentang apa sahaja, dan sikapnya yang
bagai murai tercabut ekor
itu selalu memeriahkan kenduri di kampungnya.
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap
Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.
Bagai pahat dengan penukul
Bekerja hanya kalau diperintah.
Pelajar yang malas dan bersikap seperti
pahat dengan penukul
tidak mungkin dapat meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan
Bekerja hanya kalau diperintah.
Bagai panas mengandung hujan
Tertawa dalam kesusahan.
Bagai pancang digoncang arus
Pendirian yang berubah-ubah dan tidak tetap.
Bagai perahu karam sebelah
Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
Bagai pinang dibelah dua
Sama cantik dan sama sepadan.
Pasangan pengantin itu
bagai pinang dibelah dua
kerana kedua-duanya sama cantik dan berpelajaran.
Bagai pungguk rindukan bulan
Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya.
Bagai puyu di air jernih
Senang hidupnya.
Bagai rambut dibelah tujuh
Sedikit sekali.
Bagai si kudung mendapat cincin
Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau menggunakan kemudahan yang diperoleh.
Bagai sotong dengan garam
Seseorang yang sangat mudah terpengaruh atau mudah dikendalikan.
Bagai sotong kena air
Menggambarkan seseorang yang menjadi aktif dan lincah bila berada di dalam situasi atau keadaan yang sesuai.
Bagai tikus membaiki labu
Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
Bagai wau putus teraju
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
Bak mentimun bengkok
Tidak dianggap penting dan diketepikan orang.
Belut pulang ke lumpur
Perantau yang pulang semula ke tempat asal.
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi
Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang
Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.
Cerdik bagai ekor kerbau
Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
Darah setampuk pinang
Belum berpengalaman.
Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu
Lahirnya baik, batinnya jahat.
Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur
Orang yang sangat dimuliakan.
Dikembar seperti benang
Perempuan yang menduakan suaminya.
Embun di hujung rumput
Keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama.
Hubungan antara Encik Yusri dan isteri keduanya tidak kekal lama, bagai
embun di hujung rumput
.
Hujan jatuh ke pasir
Berbuat baik tidak pada tempatnya.
Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan
Sangat miskin.
Ibarat beban sudah ke tepi
Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat.
Ibarat bunga, sedap dipakai layu dibuang
Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan.
Ibarat melukut di tepi gantang
Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain
Nadira langsung tidak dipedulikan oleh orang kampung yang sedang sibuk bergembira,
ibarat melukut di tepi gantang
.
Ibarat telur di hujung tanduk
Keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
Jauhari juga yang mengenal manikam
Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatu benda atau perkara
Katak di bawah tempurung
Orang yang sangat cetek pengetahuannya mengenai dunia luar.
Hidup Sudin seperti
katak di bawah tempurung
kerana dia langsung tidak mengetahui perkembangan semasa.
Katak ditimpa kemarau
Berkeluh kesah dengan tidak keruan.
Kera dapat bunga
Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan; tidak menghargai pemberian orang lain.
Keras bagai batu, tinggi bagai langit
Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.
Laksana pohon kayu tiada berbuah
Ilmu yang tiada diamalkan.
Lembik bagai sotong
Menggambarkan seseorang yang lemah semangat atau tidak berdaya.
Macam belangkas
Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh dipisahkan.
Abu dan Ali adalah kawan karib yang selalu bersama ke mana sahaja,
macam belangkas
.
Macam betung seruas
Terlalu jujur; lurus hati
Macam kikir besi
Orang kaya yang kedekut
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta
Sesuatu yang amat susah diperoleh.
Melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas ia menggigit
Seseorang yang tidak mengenang budi atau kebaikan yang diberi dibalas dengan keburukan.
Retak menanti belah
Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi.
Salai tidak berapi
Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya.
Selama enggang mengeram
Lama benar.
Seludang menolak mayang
Telah kelihatan isi hatinya.
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
Status yang tidak tetap atau sesuatu kedudukan yang tidak pasti atau tidak stabil.
Hubungan antara Encik Azman dan isteri keduanya tidak kekal lama,
seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia
.
Seperti anai-anai makan kayu
Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali.
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.
Seperti anjing bertemu pasir
Orang yang telah menjumpai barang kesukaanya.
Seperti anjing dengan kucing
Orang yang selalu bertengkar.
Seperti antan pencungkil duri
Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan; pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia.
Seperti api dalam sekam
Sesuatu kejahatan yang tidak diketahui kerana ia telah dirahsiakan.
Seperti api dengan asap
Pertalian yang tidak dapat diputuskan.
Seperti ayam berak kapur
Muka pucat dan tidak bermaya.
Seperti bangsi buluh perindu
Suara yang merdu dan lemah lembut.
Seperti benang putih
Orang yang menurut tanpa membantah.
Seperti bunga dengan perdunya
Pasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan.
Seperti cacing kepanasan
Seseorang yang selalu berada dalam keadaan gelisah.
Seperti cincin terlekat dijari
Padanan yang sesuai.
Seperti emas baru disepuh
Kecantikan rupa paras seorang wanita.
Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Mementingkan diri sendiri, tidak bersepakat.
Seperti garam jatuh di air
Cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran.
Seperti gergaji dua mata
Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan dua pihak; tidak jujur.
Seperti harimau menyorokkan kuku
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
Seperti hendak meluruskan ekor beruk
Sangat sukar menasihati orang yang degil.
Seperti ikan kena tuba
Orang yang tidak berdaya lagi.
Seperti kera kena belacan
Seseorang yang selalu gelisah atau kelihatan tidak tenteram kerana sesuatu sebab.
Seperti kera sumbang
Orang yang takut mencampuri orang ramai; suka bersendiri.
Seperti kerbau dicucuk hidung
Seseorang yang bodoh dan selalu menurut apa yang dikatakan orang.
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Seseorang yang memberi nasihat yang baik-baik kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak dapat melaksanakannya.
Seperti kucing biang
Perasaan resah gelisah tanpa sebab.
Seperti kucing dapat tikus
Orang yang tidak tahu duduk diam.
Seperti lembu dicucuk hidung
Orang yang selalu hanya menurut kemahuan orang.
Seperti lintah menghisap darah
Mengenakan bunga yang terlalu mahal pada wang hutang.
Seperti lipas kudung
Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja.
Seperti mati hidup semula
Selamat daripada bahaya besar.
Seperti musang berbulu ayam
Seseorang yang berpura-pura berbuat baik untuk menyembunyikan kesalahannya.
Seperti rusa masuk kampung
Berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru.
Seperti talam dua muka
Tidak jujur.
Seperti tikus jatuh ke beras
Orang yang terlalu gembira.
Seperti ular kena palu
Jalan atau barisan yang bengkang-bengkok.
Keadaan jalan Kuala Pilah - Seremban yang
seperti ular kena palu
membahayakan pengguna jalan raya.
Setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin
Cocok segala-galanya; jodoh yang sesuai benar.
Tanduk bersendi gading
Hal keadaan yang tidak sepadan.
Ulat lupakan daun
Lupa akan budi baik orang.
Adila tidak lagi mengenang jasa kawan baiknya semasa menolongnya ketika susah dahulu, bagai
ulat lupakan daun
.
Umpama ayakan dawai
Membuat sesuatu dengan tidak cermat.
Umpama Belanda kesiangan
Orang yang bertingkah laku seperti orang putih.
Umpama biawak bercabang lidah
Tidak dapat dipercayai barang katanya.
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang
Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan.
Umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak
Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing.
Umpama gula di dalam mulut
Pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai).
Umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak
Layanan yang kurang adil.
Umpama kayu buruk, buruk di panas, reput di hujan
Nasib malang yang tidak dapat dielakkan lagi.
Umpama kayu lempung, belum ditolak condong sendiri
Orang yang bodoh dan penakut mudah menurut kehendak orang lain.
Umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi
Tidak tetap pada suatu tempat; tidak tetap pendirian.
Umpama lebah membuang sengat
Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.
Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang
Apabila mendengar nasihat, pilihlah yang baik dan buangkan yang buruk.
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
Orang yang baik biar di mana-mana sekalipun akan dimuliakan jua.
Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk baru dibaham
Kalau tiada yang baik, barulah dipakai yang kurang baik.
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja
Pemberian yang tiada ertinya atau amat sedikit.
Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung
Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilaksanakan mengikut aturannya.
Untung bagai untung kapas
Orang yang banyak tanggungannya.
Wayang kepadaman damar
Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.
Bekas Pensil Kuromi