×
Korean Crossbody School Bag
≡
Simpulan Bahasa
Utama
Peribahasa Melayu
Simpulan Bahasa
Perumpamaan
Bidalan
Pepatah
Peribahasa Setara
Mutiara Kata
Pantun Melayu
Buku Peribahasa
Simpulan Bahasa dengan Maksud ✔
Ungkapan ringkas yang mantap dan mempunyai maksud yang khusus dan tersirat.
Simpulan Bahasa
Maksud
Abu Jahal
Orang yang jahat.
Sifat
Abu Jahal
yang ada dalam diri Azri menyebabkan ramai yang tidak mahu mendekatinya.
Ada hati
Ada keinginan yang melebihi kesanggupan.
Ahmad
ada hati
hendak meminang anak hartawan yang cantik rupawan itu.
Ada jalan
Ada cara, ikhtiar, usaha.
Setiap sesuatu kesulitan, pasti
ada jalan
keluarnya.
Adu domba
Melaga-lagakan orang supaya berlaku pergaduhan atau perselisihan.
Air muka
Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan); Maruah, harga diri.
Air seni
Air kencing, air kecil.
Ajak-ajak ayam
Tidak bersungguh-sungguh apabila membelawa seseorang.
Akal belut
Tipu muslihat yang sangat licin.
Si Fulan menggunakan
akal belutnya
untuk terus menipu orang ramai demi menikmati hidup yang mewah.
Akal budi
Fikiran yang sihat.
Akal kancil
Tipu daya yang licin.
Si Fulan mempunyai
akal kancil
untuk mendapat keuntungan yang banyak dalam perniagaannya.
Akar umbi
Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti
Alah membeli, menang memakai
Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
Nadir sanggup mengikat perut untuk membeli kasut idamannya itu, kerana walaupun harganya mahal tetapi tahan lama, bak kata orang
alah membeli menang memakai
.
Alang kepalang
Sedikit atau tidak mencukupi.
Alas perut
Makan sedikit buat sementara.
Hidayah hanya makan sekeping roti sebagai
alas perut
sebelum ke tempat kerja.
Alim-alim kucing
Pura-pura baik.
Razali bersikap
alim-alim kucing
di media sosial sahaja tetapi sebenarnya agak nakal dalam kehidupan sebenarnya.
Ambil berat
Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa.
Ambil langkah
Mulai bertindak.
Anak buah
Anak saudara atu pekerja di bawah jagaan kita.
Sarah menjaga
anak buahnya
dengan sepenuh hati dan kasih sayang.
Anak dagang
Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat
Anak emas
Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa.
Nadia seorang pekerja yang rajin. Tidak hairanlah jika dia menjadi
anak emas
Tuan Khalid.
Asam garam
Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka).
Banyak pengajaran yang boleh kita perolehi daripada orang tua-tua kerana mereka telah melalui pelbagai
asam garam
dalam kehidupan mereka.
Atas angin
Negera-negara di sebelah barat.
Atas pagar
Seseorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Naurah bersikap
atas pagar
dalam perselisihan faham antara dua rakannya, Farah dan Nadia.
Ayam jalak
Orang yang berani.
Abu digelar
ayam jalak
di kampungnya kerana telah berjaya menangkap pencuri tersebut.
Ayam pemikat
Orang yang dijadikan umpan untuk melaksanakan impian orang lain.
Penyanyi terkenal itu menjadi
ayam pemikat
bagi melariskan produk pakaian terbaharu itu.
Ayam tambatan
Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan.
Bagi muka
Memanjakan secara berlebihan.
Baik hati
Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
Pak Ngah memang terkenal sebagai seorang yang sangat pemurah dan
baik hati
kerana sering menolong penduduk kampung yang di dalam kesusahan.
Baik sangka
Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang.
Bangkai bernyawa
Seorang yang tidak berguna langsung.
Jamil, seorang penagih dadah terbaring kelesuan di bawah jambatan, seperti
bangkai bernyawa
.
Banyak makan garam
Seseorang yang telah lama hidup dan mempunyai banyak pengalaman.
Dengarlah nasihat orang-orang tua kerana mereka telah
banyak makan garam
.
Banyak mulut
Orang yang banyak bercakap.
Sikap Nora yang
banyak mulut
itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.
Barang kemas
Barang-barang perhiasan perempuan yang dibuat daripada emas atau intan berlian.
Ibu menyimpan
barang kemas
di dalam laci yang berkunci.
Batu api
Orang yang suka menghasut.
Mereka sudah berbaik-baik, janganlah kamu pula menjadi
batu api
pula.
Batu loncatan
Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu.
Damia menerima tawaran kerja sementara itu sebagai
batu loncatan
untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik kelak.
Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh.
Bawah angin
Negera-negara di sebelah timur.
Bekas tangan
Hasil kerja tangan seseorang.
Belahan jiwa
Kekasih hati, isteri
Jefri tidak sesekali meninggalkan
belahan jiwanya
yang sangat dikasihi.
Beradu nasib
Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan.
Beradu tenaga
Bertanding untuk menentukan siapa kuat.
Beralih akal
Berubah fikiran atau pendapat.
Semalam dia bersetuju dengan cadangan saya, tetapi hari ini dia
beralih akal
pula.
Beralih angin
Pergi ke susatu tempat yang lain untuk berehat.
Berani lalat
Pura-pura berani.
Berani mati
Sangat tekad.
Berat hati
Seseorang yang tidak sampai hati, tidak rela, berasa segan.
Berat mulut
Tidak suka berkata-kata, pendiam
Berat sebelah
Tidak adil dalam membuat keputusan dan pertimbangan kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
Berat tulang
Orang yang malas bekerja.
Hidup Amir agak susah ekoran perangainya yang
berat tulang
.
Beri jalan
Memberikan idea atau peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan.
Bermuka dua
Tidak jujur.
Berpeluk tubuh
Malas berusaha
Hidup Radi agak susah ekoran perangainya yang suka
berpeluk tubuh
.
Berputih mata
Kalah dalam sesuatu persaingan
Bertikam lidah
Bertengkar.
Besar hati
Seseorang yang gembira atau bersemangat tinggi.
Besar kepala
Seseorang yang sombong dan angkuh.
Bidan terjun
Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba.
Buah bibir
Buah mulut orang iaitu yang menjadi perbicaraan orang ramai dan selalu disebut atau diperkatakan orang.
Buah fikiran
Pendapat
Buah hati
Seseorang yang dikasihi atau kekasih.
Amira berasa tidak sabar untuk bertemu
buah hatinya
pada hujung minggu ini.
Buah tangan
Hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang.
Buaya darat
Seseorang yang jahat atau suka berfoya-foya dengan perempuan silih berganti.
Bulat kata
Sepakat dah sehati.
Buruk perut
Kuat makan
Buruk siku
Sudah diberi, diambil balik
Buta hati
Seseorang yang tidak mempunyai belas kasihan atau seseorang yang bengis.
Buta huruf
Tidak tahu membaca
Cacing naik ke mata
Kelakuan atau perbuatan yang melampau.
Cahaya mata
Anak
Cakap besar
Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri
Cakap kosong
Percakapan yang tidak bermakna.
Cakar ayam
Tulisan yang sangat buruk.
Campur tangan
Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain
Cari jalan
Mencari ikhtiar, usaha dan idea untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Celik komputer
Arif atau tahu tentang komputer
Cepat tangan
Suka mencuri
Curi tulang
Pemalas; mengelat semasa membuat kerja.
Dalam tangan
Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi
Darah daging
Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah.
Walaupun Anuar pernah bergelar banduan, namun ibu bapanya masih menerimanya kerana Amin tetap
darah daging
mereka.
Darah muda
Semangat atau perasaan orang muda.
Kalau diikut
darah mudanya
, mahu sahaja Sani berpeleseran sepanjang hari.
Darah panas
Pemarah, lekas marah
Sikap
darah panas
Faruk menyebabkan dia tidak disukai rakan sekelasnya.
Darah seni
Bakat semula jadi dalam bidang seni
Diam penggali
Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.
Diam-diam ubi
Seseorang yang pendiam tetapi banyak mempunyai ilmu pengetahuan dan rajin.
Dua kali lima
Sama saja.
Durian runtuh
Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Ganti rugi
Bayaran atau pampasan yang dibuat atas kerugian atau kerosakan.
Ganti tikar
Berkahwin dengan adik isterinya (atau saudara suaminya) yang telah meninggal.
Gelegar buluh
Bercakap besar tetapi kosong.
Golok kayu
Orang bodoh yang berlagak pandai.
Goyang kaki
Bersenang-senang.
Gulung tikar
Muflis; menutup perniagaan kerana mengalami kerugian.
Habis akal
Bingung dan tidak tahu apa harus dilakukan lagi.
Hancur hati
Sedih, putus asa
Hancur hati
Auni apabila mendengarkan kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya sendiri.
Harga diri
Maruah, kehormatan diri
Hati batu
Orang yang degil.
Hati kecil
Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)
Hidung tinggi
Sombong.
Hilang akal
Seseorang yang hilang fikiran atau gila.
Ikat perut
Berjimat makan dan minum
Isi hati
Perasaan; apa-apa yang terfikir.
Itik bertaji
Orang yang penakut tapi sombong.
Jalan tengah
Sesuatu keputusan yang dibuat tanpa adanya berat sebelah antara kedua-dua pihak.
Jambatan emas
Jalan mencapai bahagia.
Janda berhias
Janda yang belum beranak.
Jantung hati
Orang yang dikasihi.
Faizal berasa tidak sabar untuk bertemu
jantung hatinya
pada hujung minggu ini.
Jatuh berjolok
Memperoleh sesuatu kerana diminta.
Jatuh berkait
Memperoleh sesuatu kerana diminta.
Jatuh hati
Seseorang yang telah jatuh cinta atau kasihan.
Jejak keruh
Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.
Jejak langkah
Mencontohi perbuatan seseorang.
Kacang hantu
Orang jahat dan suka mengganggu orang lain.
Kaki ayam
Tidak memakai kasut.
Kaki bangku
Tidak tahu bemain misalnya bola
Kaki botol
Orang yang pemabuk.
Kaki joli
Orang yang suka berfoya-foya
Kaki lima
Kawasan laluan di hadapan bangunan
Kaki tangan
Orang kepercayaan atau pembantu.
Kambing hitam
Orang yang dipersalahkan.
Kata putus
Ketentuan terakhir; keputusan rundingan.
Kecil hati
Berasa tersinggung
Kecil-kecil anak harimau
Meskipun kecil tetapi berani.
Kecil-kecil cabai rawit
Meskipun kecil tetapi berani.
Kecil-kecil cili padi
Meskipun kecil tetapi berani.
Kepala batu
Seseorang yang degil dan tidak mendengar nasihat.
Keras lidah
Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
Ketam batu
Kedekut
Ketawa raja
Ketawa tetapi dalam kesedihan.
Khabar angin
Sesuatu khabar atau berita yang belum pasti akan kebenarannya.
Kukuran timah
Tindakan khianat
Kurang asam
Kurang sopan.
Langkah bendul
Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.
Langkah kanan
Bernasib baik.
Langkah seribu
Melarikan diri kerana ketakutan.
Lapang dada
Berasa senang atau mempunyai perasaan yang sabar.
Laut rembang
Tengah laut
Lepas tangan
Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.
Lidah biawak
Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
Lidahnya masin
Perkataannya diturut, permintaannya diterima.
Lintah darat
Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
Lupa daratan
Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan
Main akal
Mengenakan tipu daya.
Makan angin
Menghirup udara yang baik untuk kesihatan badan atau seseorang yang berjalan-jalan menghabiskan cutinya berehat.
Ramai yang
makan angin
bercuti di luar negara ketika hujung tahun.
Makan angkat
Orang yang suka dipuji.
Makan suap
Menerima rasuah.
Mandi kerbau
Mandi tidak bersih.
Mandi peluh
Bekerja kuat dan bersungguh-sungguh.
Mandi tak basah
Orang yang keras hati; terlalu rindu.
Mata hati
Perasaan hati
Mata petai
Tidak dapat melihat dengan betul.
Mati beragan
Mati kerana patah hati, membunuh diri.
Mati katak
Mati dengan sia-sia
Mati kutu
Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea
Mencolok mata
Menyakitkan pandangan
Minta diri
Minta izin untuk beredar
Muka tembok
Orang yang tidak tahu malu.
Mulut murai
Banyak cakap.
Mona memang dikenali sebagai
mulut murai
di kampungnya.
Mulut tempayan
Seseorang yang tidak boleh menyimpan rahsia.
Murah hati
Seseorang yang penyayang dan mempunyai sifat yang simpati atau kasihan.
Nafas baru
Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru
Naik darah
Menjadi marah
Razali
naik darah
bila mengetahui kerbau kesayangannya diracun orang.
Naik minyak
Menjadi marah dan mengganas.
Sikap Din yang mudah
naik minyak
menyebabkan beliau tidak mudah didekati.
Nasi damai
Nasi yang dihidang kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.
Nasi kawah
Nasi yang dimasak banyak-banyak untuk kumpulan ramai.
Orang kampung bergotong-royong menyediakan
nasi kawah
sempena jamuan hari raya yang akan diadakan malam ini.
Otak batu
Bodoh
Otak cair
Pandai
Pagar hidup
Pagar yang terdiri daripada pohon-pohon kecil.
Adam membina
pagar hidup
di keliling rumahnya bagi mengelakkan haiwan buas masuk ke dalam rumah.
Paku mati
Suatu hal yang tak boleh diubah lagi.
Panas baran
Cepat marah, sangat pemarah
Sikap Farid yang
panas baran
menyebabkan dia tidak digemari rakan sekelasnya.
Panjang tangan
Suka mencuri
Perah otak
Berfikir dengan bersungguh-sungguh.
Perang dingin
Bergaduh dengan tidak bercakap.
Periuk nasi
Punca pencarian.
Pilih kasih
Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat keputusan dan lain-lain.
Puteri lilin
Tidak tahan terkena panas.
Rabun ayam
Penglihatan yang kabur.
Rambang mata
Terlalu banyak pilihan sehingga tidak tahu mana yang hendak dipilih.
Rendah hati
Tidak sombong
Perwatakan Salma yang
rendah hati
dan mudah mesra menyebabkan dia terkenal dalam kalangan guru dan pelajar di sekolahnya.
Retak mentimun
Retak yang halus di bahagian luar sahaja.
Rezeki harimau
Makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
Ringan mulut
Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap.
Ringan tulang
Rajin bekerja, tangkas.
Sebatang kara
Tidak mempunyai sanak saudara dalam hidup.
Sekangkang kera
Kawasan yang sempit
Serkap jarang
Membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa.
Sila panggung
Duduk bersilang kaki.
Simpul hidup
Ikatan yang mudah diuraikan.
Simpul mati
Ikatan yang tidak dapat diuraikan.
Di dalam hati tidak ku lupa, bagai rambut
bersimpul mati
.
Sudah lama makan garam
Seseorang yang mempunyai banyak pengalaman
Dengarlah nasihat orang-orang tua kerana mereka
sudah lama makan garam
.
Tajak kebat
Jaminan
Tajam akal
Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik.
Tangan kosong
Tidak membawa apa-apa.
Tanggung budi
Budi yang tidak terbalas
Tangkai jering
Orang yang kedekut.
Telinga kuali
Orang yang tidak mendengar nasihat.
Telinga tipis
Orang yang lekas marah.
Terang hati
Lekas pandai.
Amat mudah untuk mendidik pelajar yang
terang hati
kerana penerangan yang dibuat oleh guru mudah difahami dan tidak perlu diulang berkali-kali.
Terkunci mulut
Tidak dapat berkata
Tin kosong
Bercakap besar tetapi kosong.
Tinggi diri
Sombong
Tuan rumah
Penganjur sesuatu majlis; tempat berlangsungnya sesuatu acara
Tumbuk rusuk
Memberi rasuah.
Ulat buku
Rajin membaca
Zaman sari
Masa muda seseorang.
Bekas Pensil Kuromi