PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Anak

Terdapat 24 peribahasa yang menyebut perkataan anak.

  1. Anak ayam kebasahan bulu

    Resah gelisah, menjijikkan.

  2. Anak badak dihambat-hambat

    Sengaja mencari bahaya atau kesusahan.

  3. Anak baik, menantu molek

    Sangat berbahagia.

  4. Anak buah Simpulan Bahasa

    Anak saudara atu pekerja di bawah jagaan kita.

  5. Anak dagang Simpulan Bahasa

    Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

  6. Anak di rumah kelaparan, kera di hutan disusukan Pepatah

    Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.

  7. Anak emas Simpulan Bahasa

    Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa.

  8. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang Pepatah

    Pendirian yang tidak tetap.

  9. Bagai kucing hilang anak Perumpamaan

    Bingung, kehilangan akal.

  10. Bapa borek anaknya rintik

    Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

  11. Belum beranak sudah berbesan

    Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.

  12. Biar mati anak, jangan mati adat Bidalan

    Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adat yang dipegang terpelihara; orang yang kuat perpegang pada adat.

  13. Buaian diayun anak dicubit

    Menutup kelakuan jahat dengan perbuatan yang baik atau tutur kata yang manis.

  14. Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan Pepatah

    Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.

  15. Enggang lalu aral jatuh, anak raja mati ditimpanya

    Menerima akibat kerana kebetulan berada di tempat kejadian itu.

  16. Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan Pepatah

    Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.

  17. Kecil anak besar onak

    Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.

  18. Kecil jangan di sangka anak, besar jangan disangka bapa Bidalan

    Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.

  19. Kecil-kecil anak harimau Simpulan Bahasa

    Meskipun kecil tetapi berani.

  20. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan Pepatah

    Mengesampingkan urusan sendiri kerana mengutamakan urusan orang lain.

  21. Lihat anak pandang menantu

    Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri.

  22. Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan Pepatah

    Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong.

  23. Seperti anak ayam kehilangan ibu Perumpamaan

    Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.

  24. Seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus Perumpamaan

    Seseorang yang memberi nasihat yang baik-baik kepada orang lain tetapi dia sendiri tidak dapat melaksanakannya.