PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Ayam

Terdapat 31 peribahasa yang menyebut perkataan ayam.

  1. Ajak-ajak ayam Simpulan Bahasa

    Tidak bersungguh-sungguh apabila membelawa seseorang.

  2. Anak ayam kebasahan bulu

    Resah gelisah, menjijikkan.

  3. Ayam berinduk, sirih berjunjung

    Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.

  4. Ayam berlaga sekandang

    Berkelahi dengan orang serumah.

  5. Ayam dapat, musang dapat

    Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.

  6. Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Pepatah

    Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya); hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

  7. Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang Pepatah

    Malang sekali; nasib yang buruk.

  8. Ayam jalak Simpulan Bahasa

    Orang yang berani.

  9. Ayam menang, kampung tergadai

    Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.

  10. Ayam pemikat Simpulan Bahasa

    Orang yang dijadikan umpan untuk melaksanakan impian orang lain.

  11. Ayam seekor, bertambang dua

    Gadis seorang, diingini dua bujang.

  12. Ayam tak patuk, itik tak sudu

    Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.

  13. Ayam tambatan Simpulan Bahasa

    Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan.

  14. Ayam terlepas, tangan bau tahi

    Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.

  15. Bagai ayam disambar helang Perumpamaan

    Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.

  16. Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut Pepatah

    Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.

  17. Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak Pepatah

    Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

  18. Cakar ayam Simpulan Bahasa

    Tulisan yang sangat buruk.

  19. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga Pepatah

    Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.

  20. Celaka ayam, padi masak makan ke hutan

    Nasib yang malang.

  21. Hangat-hangat tahi ayam

    Seseorang yang tidak kuat kemahuan atau pendiriannya.

  22. Ibarat ayam, tiada mengais tiada makan Perumpamaan

    Sangat miskin.

  23. Itik tak sudu, ayam tak patuk

    Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.

  24. Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan Pepatah

    Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.

  25. Kaki ayam Simpulan Bahasa

    Tidak memakai kasut.

  26. Kalau kucing keluar tanduk, barulah ayam boleh bersusu Pepatah

    Perkara yang mustahil.

  27. Rabun ayam Simpulan Bahasa

    Penglihatan yang kabur.

  28. Seperti anak ayam kehilangan ibu Perumpamaan

    Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan.

  29. Seperti ayam berak kapur Perumpamaan

    Muka pucat dan tidak bermaya.

  30. Seperti musang berbulu ayam Perumpamaan

    Seseorang yang berpura-pura berbuat baik untuk menyembunyikan kesalahannya.

  31. Tidur ayam

    Tidur yang tidak lena atau nyenyak.