PeribahasaMelayu Kuiz

Peribahasa Tentang Batu

Terdapat 23 peribahasa yang menyebut perkataan batu.

  1. Ada udang di sebalik batu Bidalan

    Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.

  2. Akik disangka batu

    Terhina orang kerana salah sangka.

  3. Asal sabut terapung, asal batu tenggelam

    Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.

  4. Bagai kaca terhempas ke batu Perumpamaan

    Sangat sedih atau kecewa.

  5. Bagai kepiting batu Perumpamaan

    Sangat berhati-hati/amat berkira untuk mengeluarkan wang.

  6. Batu api Simpulan Bahasa

    Orang yang suka menghasut.

  7. Batu loncatan Simpulan Bahasa

    Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu.

  8. Batu penghalang

    Halangan

  9. Hati batu Simpulan Bahasa

    Orang yang degil.

  10. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri Bidalan

    Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

  11. Intan disangkakan batu kelikir

    Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.

  12. Jalan raya titian batu

    Adat yang belum berubah-ubah.

  13. Kepala batu Simpulan Bahasa

    Seseorang yang degil dan tidak mendengar nasihat.

  14. Keras bagai batu, tinggi bagai langit Perumpamaan

    Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.

  15. Ketam batu Simpulan Bahasa

    Kedekut

  16. Lempar batu sembunyi tangan

    Orang yang khianat dan tidak mengakui akan kesalahannya.

  17. Melepaskan batuk di tangga Bidalan

    Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai atau bersungguh-sungguh.

  18. Neraca berbatu intan

    Hukuman yang seadil-adilnya.

  19. Otak batu Simpulan Bahasa

    Bodoh

  20. Terkunyah di batu

    Keadaan yang malang.

  21. Ulat dalam batu pun hidup juga

    Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan.

  22. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

    Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

  23. Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang

    Perbezaan pendirian; seorang dapat menunggu, seorang lagi tidak.